Thursday, February 22, 2018

Membeli-belah Dalam Talian Dengan Bijak mengunakan ShopBack

0 comments
Sudah menjadi satu trend masa kini untuk membuat pembelian secara dalam talian atau online shopping. Bagi yang selalu membuat pembelian dalam talian, saya ada berita gembira. Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun bagi setiap pembelian anda dengan mengunakan platform Shopback.



Shopback secara ringkasnya adalah satu platform digital yang menjadi penghubung antara pusat membeli-belah dalam talian dan penguna. Kelebihan utama Shopback adalah dengan "Cash Back". Cashback atau tunai kembali adalah satu cara untuk shopback berkongsikan kembali manfaat membeli-belah secara dalam talian iaitu dengan mengembalikan kembali duit anda dalam peratusan yang ditentukan ketika membeli-belah.


Sebagai contoh, Lazada menawarkan cashback 11% untuk setiap pembelian kita melalui platform Shopback,

Jadi sekiranya saya membuat pembelian yang bernilai RM100 (contoh) saya akan mendapat kembali RM11 dari Shopback dengan ertikata yang lain saya cuma membelanjakan RM89 untuk pembelian brg yang berharga RM100.

 Atau sekiranya saya membuat pembelian yang bernilai RM599 (contoh yang lagi susah), saya akan mendapat kembali RM65.89 dan untuk barang bernilai RM599 saya cuma membelanjakan RM533.11
Terdapat banyak laman membeli-belah yang disediakan (berhubung) oleh Shopback, antaranya, Lazada, 11street, Taobao, Qoo10 dan lain2. Anda sudah tentu tidak rugi untuk mengunakannya.

Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah anda mendaftar terlebih dahulu, klik pada gambar di bawah.


Masukkan alamat email anda dan password yang anda inginkan dan tekan sign up. Sesudah itu anda boleh login dan menyelusuri laman shopback untuk membuat pembelian pertama anda. Aplikasi Shopback juga boleh anda muat turun di Play Store bagi penguna Android dan App Store bagi Penguna Iphone.

Email pengesahan cashback anda daripada Shopback akan dihantar ke alamat email yang anda berikan. Rujuk gambar dibawah ini.


Jadi saya berharap anda cukup bijak untuk memanfaatkan Shopback ketika membeli-belah dalam talian. Sekian.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...